salam pembuka madah bicara,
ilmu digarap pertajam minda,
sudilah kiranya wahai saudara,
berkongsi ilmu penuhi dada.

Thursday, October 21, 2010

disebalik kesegaran air kelapa muda

segar!!!
Waktu panas macam sekarang ini langkah nikmatnya kalau dapat membasahkan tekak dengan air kelapa muda. Air kelapa yang dicampurkan dengan sedikit gula dan ditambah dengan bebrapa ketulan ais. Segar. Nyaman. Sejuk terasa sampai ke tulang temulang. Aroma semula jadinya meningkatkan lagi keenakan dan kesegaran yang terdapat dalam air kelapa ini. Air kelapa bukan sahaja mampu menghilangkan dahaga, malahan air kelapa juga merupakan salah satu tumbuhan yang sering digunakan dalam dunia perubatan tradisional. Demam campak misalnya, dapat diubati dengan cara meminum air kelapa ini. Tetapi tidaklah sama macam kita melepaskan dahaga pembuatannya. Air kelapa dicampurkan dengan beberapa hirisan kunyit dan garam. Kemudian air itu diminum. Dengan izin Allah, penyakit itu akan sembuh. menurut kata orang-orang tua, tujuan berbuat demikian adalah untuk mengeluarkan ruam campak keluar ke permukaan kulit. Jika ruam itu tidak keluar, proses penyembuhan akan mengambil masa yang lama. Begitulah kelebihan air nyiur ini....
Selain digunakan dalam dunia perubatan tradisonal, kelapa muda juga sering digunakan dalam majlis memotong jambul. Buaj kelapa itu akan dipotong sedikit bahagian atasnya dan dijadikan sebagai topi atau penutup kepada kelapa berkenaan. Kelapa itu dipotong dengan menggunakan pisau kecil mengikut kreativiti pembuatnya. Kebiasaannya, potongan berbentuk zig-zag sering digunakan dalam menghasilkan kelapa untuk majlis potong jambul ini. Tujuan perkara ini dilakukan adalah untuk meletakkan rambut bayi yang telah dipotong ke dalam bekas berkenaan. Oleh sebab kelapa itu mempunyai air, maka rambut bayi tidak akan mudah terbang apabila telah dimasukkan ke dalam bekas kelapa berkenaan. Begitu unik seni dan budaya orang Melayu.

panas dalam

Kebelakangan ini cuaca tidak menentu. kadang-kadang mendung. kadang cerah. Tapi selalunya cuaca akan panas terik. Apabila panas, badan akan berpeluh, maka itu kita harus minum banyak air untuk mengelakkan badan kita kekurangan air. aku tidak terlepas daripada masalah ini. Malasnya hendak minum air masak@ air jarang @ air puith. Akibat kemalsan itu, badan menjadi lemah, bibir menjadi kering, tekak rasa macam ada benda yang tersangkut. aduh sungguh tidak selesa.......

Tuesday, October 19, 2010

fikirlah sikit..

geram. benci. menyampah. dia ingat dia bagus? kalau rasa sudah baus sangat, tak usahlah suruh orang buat. buat saja sendiri. macam bagus sangat. memang susah kalau dlam dunia ada orang yang perasan diri dia bagus. apa yang di buat, dia rasa dia sahaja yang betul. kalau hendak mengungkit sedari awal. bukan saat akhir. jangan fikir orang lain tidak ada perasaan . jangan rasa kita sudah bagus kita boelh sakitkan hati orang lain. eh, tidak perlu. kalau rasa diri bagus. buatlah semua sendiri. sekian......

Sunday, October 17, 2010

demam

peperiksaan bakal menjelma. aku tidak tahu aku sudah bersedia atau belum. harap-harap tidak ada sebarang masalah...

Thursday, October 14, 2010

hidup = sudu???

hidup kita macam sudu
Kalau hendak makan ada orang suka gunakan sudu. Tapi pernah kita terpikir bahawa hidup ini umpama sudu???? Sudu plastik sudu besi. Kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama. Namun sebenarnya nasib kedua-duanya sangat berbeza. Sudu besi kukuh buatannya. Tidak mudah patah jika dibandingkan dengan sudu plastik. Sudu yang kukuh maknanya ia tahan lasak dan tahan lama. Orang akan menyimpan sudu ini. tetapi berbeza dengan nasib sudu plastik yang struktur binaannya yang mudah patah dan tidak tahan lasak. Apabila sudu plastik ini patah maka orang tidak akan menggunakannya lagi lalu dibuang dalam tong sampah. fenomena ini sebenarnya sangat berkaitan dengan kehidupan kita. Mereka yang sangant berpengaruh dan kukuh kedudukannya akan diagung-agungkan. Hal ini kerana mereka ingin dimanfaatkan oleh sesetengah pihak. Maka itu kedudukan mereka yang diibaratkan seperti sudu besi ini  jarang tergugat. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang senasib dengan sudu plastik? Orang-orang sperti ini kebiasaannya tidak mempunyai taraf ekonomi yang kukuh. Mereka hanya digunakan ketika mereka mempunyai manfaat sahaja. Tetapi apabila mereka yang senasib dengan sudu plastik ini sudah tidak bermanfaat lagi, mereka akan dibiarkan sepi dan terpinggir. Kes ini banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita tanpa kita sedari, samada dalam sistem pentadbiran mahupun dalam persahabatan. Anda pada kategori mana? Sudu besi atau sudu plastik????

Thursday, October 7, 2010

antara kau dan aku

setitik kasih membuat kita sayang,
seucap janji membuat kita percaya,
sekecil luka membuat kita kecewa,
tetapi sebuah persahabatan akan bermakna abadi selamanya.

masa minum petang

hendak pergi berjuang

sediakan kelengkapan yang cukup

'EXAM' tidak lama lagi. hendak menduduki 'exam ' macam hendak pergi berjuang mempertahankan negara rasanya (walaupun belum pernah merasainya). Fikiran menerawang membanyangkan soalan-soalan yang keluar. Apa yang hendak dilakar di atas kertas jawapan nanti? Seram sejuk pulak rasanya apabila fikir tentang perkara ini. Apa-apa pun ulangkaji pelajaran lebih utama. Macam orang yang hendak berjuang, mereka memerlukan senjata ynag kengkap dan terkini. kalau senjata tidak mencukupi untuk pergi berjuang pasti akan kecundang. Berusahalah!!!!
bersedia dan bersemangat

pemikat rasa penambat selera

ermmm.. terliur rasanya . menguit-nguit anak tekak,

"Amboi lazatnya..." Pasti ramai yang akan berkata demikian apabila memandang gambar kek seperti ini. Air liur dirasakan panas kerana kekecuran. Tidak kurang hebatnya ada yang cuba membayangkan bagaimana keenakannya. Coklatnya yang mencair seakan membajiri rongga mulut. Lemak. Manis. Pahit. Semua bergabung tenaga bagi menzahirkan rasa nikmat kepada pencicipnya. aku juga tidak ketinggalan untuk membayangkan keenakan rasanya. Nikmat! Atas dasar itulah membuat aku mencari resepi 'moist chocolate' ini. Aku sanggup mengembara kedunia maya untuk mendapatkan resepinya. Akhirnya pencarianku membuahkan hasil dan setiap kali aku ingin merasai kenikmatannya aku pasti akan membuatnya sendiri. Emak selalu kata "buat sendiri lebih puas hati".

Monday, October 4, 2010

makan sawit

Keliling rumah banyak pokok sawit. Kebun abah. Kebun pusaka arwah datuk. Kebun kecil sahaja, tapi boleh menampung keluarga walaupun kadangkala tidak mencukupi. Dulu masa kecil, selalu juga tolong abah pungut tandan sawit, paling tidak pun pungut biji yang lerai. Seronok sangat masa kecil dulu. Bila sudah besar hendak menjenguk kebun pun tidak sempat. Perasaan malas pun ada. Tapi pengalaman kerja di kebun sawit sangat seronok. Boleh buat khemah lagi dalam kebun. Kalau jumpa biji sawit yang bersaiz sederhana besar, saya dan adik-adik akan panggang kemudian kami makan. Tapi tidak boleh makan banyak-banyak. Boleh mengakibatkan cirit-birit. bahaya. Tetapi ada sesetengah orang suka buat bingka sawit. Tidak tahulah bagaimana rasanya. Tidak berani mencuba takut pengsan lepas makan. 

Thursday, September 23, 2010

burasak

burasak juadah wajib kaum bugis terutamanya di Pontian
Burasak merupakan makanan tradisi kaum bugis. Hari raya kali ini, sekali lagi juadah ini menjadi hidangan istimewa keluarga kami. Makanan ini telah dibuat sehari sebelum kita menyambut perayaan aidil fitri. Hal ini kerana pembuatannya yang rumit dan memerlukan masa yang lama untuk memasaknya. Pemilihan  daun pisang yang bersesuaian amatlah penting. Hanya daun 'pisang nipah', 'pisang lemak manis' dan 'pisang awak' sahaja boleh digunakan. Hal ini bagi mengelakkan 'burasak' tersebut menjadi lebam akibat getah pada daun pisang berkenaan. Bahan yang digunakan ialah nasi lemak yang ditanak separa masak dan dibungkus dengan daun pisang berkenaan. Teknik membungkus juga harus betul kerana dikhuatiri air akan masuk ketika proses merebus dijalankan. Ia dibungkus seakan-akan 'kuih lepat'. Kemudian, nasi yang telah dibungkus itu disusun beberapa keping dan dibalut dengan daun pisang yang tua. Proses merebus mula dilakukan sekitar 6 hingga ke 8 jam. Hal ini bagi menjamin 'burasak' tidak cepat basi. Resepi pembuatannya biasa sahaja tetapi rasanya memang berbeza. Rasa sekali pasti mahu lagi. Keenakannya bertambah jika dimakan dengan ikan parang masak asam pekat atau ayam masak merah...nyum-nyum........

Wednesday, September 22, 2010

ILHAM lahir dalam bas



Perjalan pulang kampung tempoh hari sememangnya menyeronokkan. Pelbagai ragam manusia dapat dilihat. Perjalanan dari UKM ke terminal BUKIT JALIL sehinggalah berada di dalam perut bas. Ragam yang mencuit hati. Terutamanya ketika berada di dalam bas. Macam-macam kerenah dapat dilihat, ada yang tidur, membaca, berbual, termenung (mungkin terbayang wajah orang-orang kampung) dan ada yang berasmara walaupun mereka tahu, ketika itu adalah bulan Ramadhan. ish....bukan hendak mengumpat tapi sebagai iktibar dan pengajaran sahaja. Dalam keghairahan pulang bertemu ayah dan bonda, teringat pula tugasan yang diberikan oleh Dr. Mawar. Termenung sejenak. Pandanganku menembusi kaca tingkap bas. Tiba-tiba.... POKOK SAWIT!!!! Mengapa tidak ia menjadi suatu cerita?????