salam pembuka madah bicara,
ilmu digarap pertajam minda,
sudilah kiranya wahai saudara,
berkongsi ilmu penuhi dada.

Thursday, October 14, 2010

hidup = sudu???

hidup kita macam sudu
Kalau hendak makan ada orang suka gunakan sudu. Tapi pernah kita terpikir bahawa hidup ini umpama sudu???? Sudu plastik sudu besi. Kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama. Namun sebenarnya nasib kedua-duanya sangat berbeza. Sudu besi kukuh buatannya. Tidak mudah patah jika dibandingkan dengan sudu plastik. Sudu yang kukuh maknanya ia tahan lasak dan tahan lama. Orang akan menyimpan sudu ini. tetapi berbeza dengan nasib sudu plastik yang struktur binaannya yang mudah patah dan tidak tahan lasak. Apabila sudu plastik ini patah maka orang tidak akan menggunakannya lagi lalu dibuang dalam tong sampah. fenomena ini sebenarnya sangat berkaitan dengan kehidupan kita. Mereka yang sangant berpengaruh dan kukuh kedudukannya akan diagung-agungkan. Hal ini kerana mereka ingin dimanfaatkan oleh sesetengah pihak. Maka itu kedudukan mereka yang diibaratkan seperti sudu besi ini  jarang tergugat. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang senasib dengan sudu plastik? Orang-orang sperti ini kebiasaannya tidak mempunyai taraf ekonomi yang kukuh. Mereka hanya digunakan ketika mereka mempunyai manfaat sahaja. Tetapi apabila mereka yang senasib dengan sudu plastik ini sudah tidak bermanfaat lagi, mereka akan dibiarkan sepi dan terpinggir. Kes ini banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita tanpa kita sedari, samada dalam sistem pentadbiran mahupun dalam persahabatan. Anda pada kategori mana? Sudu besi atau sudu plastik????

No comments:

Post a Comment