salam pembuka madah bicara,
ilmu digarap pertajam minda,
sudilah kiranya wahai saudara,
berkongsi ilmu penuhi dada.

Thursday, October 21, 2010

disebalik kesegaran air kelapa muda

segar!!!
Waktu panas macam sekarang ini langkah nikmatnya kalau dapat membasahkan tekak dengan air kelapa muda. Air kelapa yang dicampurkan dengan sedikit gula dan ditambah dengan bebrapa ketulan ais. Segar. Nyaman. Sejuk terasa sampai ke tulang temulang. Aroma semula jadinya meningkatkan lagi keenakan dan kesegaran yang terdapat dalam air kelapa ini. Air kelapa bukan sahaja mampu menghilangkan dahaga, malahan air kelapa juga merupakan salah satu tumbuhan yang sering digunakan dalam dunia perubatan tradisional. Demam campak misalnya, dapat diubati dengan cara meminum air kelapa ini. Tetapi tidaklah sama macam kita melepaskan dahaga pembuatannya. Air kelapa dicampurkan dengan beberapa hirisan kunyit dan garam. Kemudian air itu diminum. Dengan izin Allah, penyakit itu akan sembuh. menurut kata orang-orang tua, tujuan berbuat demikian adalah untuk mengeluarkan ruam campak keluar ke permukaan kulit. Jika ruam itu tidak keluar, proses penyembuhan akan mengambil masa yang lama. Begitulah kelebihan air nyiur ini....
Selain digunakan dalam dunia perubatan tradisonal, kelapa muda juga sering digunakan dalam majlis memotong jambul. Buaj kelapa itu akan dipotong sedikit bahagian atasnya dan dijadikan sebagai topi atau penutup kepada kelapa berkenaan. Kelapa itu dipotong dengan menggunakan pisau kecil mengikut kreativiti pembuatnya. Kebiasaannya, potongan berbentuk zig-zag sering digunakan dalam menghasilkan kelapa untuk majlis potong jambul ini. Tujuan perkara ini dilakukan adalah untuk meletakkan rambut bayi yang telah dipotong ke dalam bekas berkenaan. Oleh sebab kelapa itu mempunyai air, maka rambut bayi tidak akan mudah terbang apabila telah dimasukkan ke dalam bekas kelapa berkenaan. Begitu unik seni dan budaya orang Melayu.

1 comment:

  1. Ain,
    saya turut sama meneguk liur menahan ghairah melihat keenakan air tersebut.

    ReplyDelete