salam pembuka madah bicara,
ilmu digarap pertajam minda,
sudilah kiranya wahai saudara,
berkongsi ilmu penuhi dada.

Thursday, October 7, 2010

pemikat rasa penambat selera

ermmm.. terliur rasanya . menguit-nguit anak tekak,

"Amboi lazatnya..." Pasti ramai yang akan berkata demikian apabila memandang gambar kek seperti ini. Air liur dirasakan panas kerana kekecuran. Tidak kurang hebatnya ada yang cuba membayangkan bagaimana keenakannya. Coklatnya yang mencair seakan membajiri rongga mulut. Lemak. Manis. Pahit. Semua bergabung tenaga bagi menzahirkan rasa nikmat kepada pencicipnya. aku juga tidak ketinggalan untuk membayangkan keenakan rasanya. Nikmat! Atas dasar itulah membuat aku mencari resepi 'moist chocolate' ini. Aku sanggup mengembara kedunia maya untuk mendapatkan resepinya. Akhirnya pencarianku membuahkan hasil dan setiap kali aku ingin merasai kenikmatannya aku pasti akan membuatnya sendiri. Emak selalu kata "buat sendiri lebih puas hati".

1 comment:

  1. baru saja nak cakap,"ambio sedapnya".
    nampak wajah yang lembut tu...
    memang nampak lazat sangat.
    buat sendiri ke???

    ReplyDelete