salam pembuka madah bicara,
ilmu digarap pertajam minda,
sudilah kiranya wahai saudara,
berkongsi ilmu penuhi dada.

Thursday, October 7, 2010

pemikat rasa penambat selera

ermmm.. terliur rasanya . menguit-nguit anak tekak,

"Amboi lazatnya..." Pasti ramai yang akan berkata demikian apabila memandang gambar kek seperti ini. Air liur dirasakan panas kerana kekecuran. Tidak kurang hebatnya ada yang cuba membayangkan bagaimana keenakannya. Coklatnya yang mencair seakan membajiri rongga mulut. Lemak. Manis. Pahit. Semua bergabung tenaga bagi menzahirkan rasa nikmat kepada pencicipnya. aku juga tidak ketinggalan untuk membayangkan keenakan rasanya. Nikmat! Atas dasar itulah membuat aku mencari resepi 'moist chocolate' ini. Aku sanggup mengembara kedunia maya untuk mendapatkan resepinya. Akhirnya pencarianku membuahkan hasil dan setiap kali aku ingin merasai kenikmatannya aku pasti akan membuatnya sendiri. Emak selalu kata "buat sendiri lebih puas hati".

Monday, October 4, 2010

makan sawit

Keliling rumah banyak pokok sawit. Kebun abah. Kebun pusaka arwah datuk. Kebun kecil sahaja, tapi boleh menampung keluarga walaupun kadangkala tidak mencukupi. Dulu masa kecil, selalu juga tolong abah pungut tandan sawit, paling tidak pun pungut biji yang lerai. Seronok sangat masa kecil dulu. Bila sudah besar hendak menjenguk kebun pun tidak sempat. Perasaan malas pun ada. Tapi pengalaman kerja di kebun sawit sangat seronok. Boleh buat khemah lagi dalam kebun. Kalau jumpa biji sawit yang bersaiz sederhana besar, saya dan adik-adik akan panggang kemudian kami makan. Tapi tidak boleh makan banyak-banyak. Boleh mengakibatkan cirit-birit. bahaya. Tetapi ada sesetengah orang suka buat bingka sawit. Tidak tahulah bagaimana rasanya. Tidak berani mencuba takut pengsan lepas makan. 

Thursday, September 23, 2010

burasak

burasak juadah wajib kaum bugis terutamanya di Pontian
Burasak merupakan makanan tradisi kaum bugis. Hari raya kali ini, sekali lagi juadah ini menjadi hidangan istimewa keluarga kami. Makanan ini telah dibuat sehari sebelum kita menyambut perayaan aidil fitri. Hal ini kerana pembuatannya yang rumit dan memerlukan masa yang lama untuk memasaknya. Pemilihan  daun pisang yang bersesuaian amatlah penting. Hanya daun 'pisang nipah', 'pisang lemak manis' dan 'pisang awak' sahaja boleh digunakan. Hal ini bagi mengelakkan 'burasak' tersebut menjadi lebam akibat getah pada daun pisang berkenaan. Bahan yang digunakan ialah nasi lemak yang ditanak separa masak dan dibungkus dengan daun pisang berkenaan. Teknik membungkus juga harus betul kerana dikhuatiri air akan masuk ketika proses merebus dijalankan. Ia dibungkus seakan-akan 'kuih lepat'. Kemudian, nasi yang telah dibungkus itu disusun beberapa keping dan dibalut dengan daun pisang yang tua. Proses merebus mula dilakukan sekitar 6 hingga ke 8 jam. Hal ini bagi menjamin 'burasak' tidak cepat basi. Resepi pembuatannya biasa sahaja tetapi rasanya memang berbeza. Rasa sekali pasti mahu lagi. Keenakannya bertambah jika dimakan dengan ikan parang masak asam pekat atau ayam masak merah...nyum-nyum........

Wednesday, September 22, 2010

ILHAM lahir dalam bas



Perjalan pulang kampung tempoh hari sememangnya menyeronokkan. Pelbagai ragam manusia dapat dilihat. Perjalanan dari UKM ke terminal BUKIT JALIL sehinggalah berada di dalam perut bas. Ragam yang mencuit hati. Terutamanya ketika berada di dalam bas. Macam-macam kerenah dapat dilihat, ada yang tidur, membaca, berbual, termenung (mungkin terbayang wajah orang-orang kampung) dan ada yang berasmara walaupun mereka tahu, ketika itu adalah bulan Ramadhan. ish....bukan hendak mengumpat tapi sebagai iktibar dan pengajaran sahaja. Dalam keghairahan pulang bertemu ayah dan bonda, teringat pula tugasan yang diberikan oleh Dr. Mawar. Termenung sejenak. Pandanganku menembusi kaca tingkap bas. Tiba-tiba.... POKOK SAWIT!!!! Mengapa tidak ia menjadi suatu cerita?????